Home / Tentang Kami

Tentang Kami

Guru oh guru!

Seorang guru yang berketrampilan bukan sahaja hebat dalam pengajarannya tetapi mempunyai imej “1st class” sama ada semasa berada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Bukan juga hanya pakaian sahaja yang “stailo” tetapi pengajarannya kaku. Maka, guru juga perlu ada stail yang tersendiri dalam pengajaran supaya boleh diingati oleh pelajar-pelajarnya. Dalam erti kata lain, guru hendaklah mempunyai “branding” tersendiri sebagaimana usahawan agar mudah diingati oleh pelajar-pelajarnya.

Justeru itu, blog ini adalah medium perkongsian dari guru untuk guru menambahbaik diri supaya disenangi oleh pelajar-pelajarnya. Sesungguhnya, sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Mudah-mudahan blog ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan sumbangan artikel daripada pembaca untuk dikongsikan di dalam blog ini. Mohon hubungi admin untuk sebarang pertanyaan.

-Dari guru untuk guru-

Penafian: Blog ini tidak mewakili mana-mana organisasi atau majikan. Ianya hanya sekadar salah satu medium perkongsian untuk menambah baik apa sahaja dalam kehidupan khususnya guru.