Home / Chat Corner / TIPS MENGHADAPI UJIAN DALAM KEHIDUPAN

TIPS MENGHADAPI UJIAN DALAM KEHIDUPAN

Ujian atau masalah adalah sebahagian warna warni dalam kehidupan manusia. Tidak ada yang terkecuali selagi namanya makhluk ciptaan Allah. Kadang-kadang, masalah itu datang bertubi-tubi. Selepas satu, satu pula lagi masalah menyusul. Maka ketika itu, otak manusia akan sukar berfikir untuk menghadapi masalah tersebut jika diri dikawal oleh emosi.

Benar, terdapat masalah yang kita sukar dihadapi apatahlagi boleh diselesaikan dengan segera. Namun, 10 cara berfikir yang boleh kita aplikasikan untuk menghadapi masalah tersebut dengan tenang selain mengadu dengan Allah SWT.

#1 Cuba memahami ujian adalah sebahagian kehidupan manusia. Mereka yang membayangkan hidup ini tiada ujian boleh dikategorikan sebagai individu yang kurang matang kerana belum cukup masak dengan ona duri Kehidupan sebenar. Ujian dan masalah yang hadir dalam hidup adalah perkara semulajadi kepada manusia. Tidak ada makhluk yang terkecuali.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: โ€œPatutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: โ€˜Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.โ€™โ€ (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Maksudnya, selagi kita beriman kepada Allah SWT, selagi itulah kita akan diuji.

#2 Ujian hadir untuk kita belajar sesuatu dalam hidup. Ianya adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Pastinya apabila kita didatangi ujian atau masalah besar dalam hidup, dunia ini akan terasa gelap dan kelam. Seolah-olah sinar matahari hilang serta merta. Hingga boleh menyebabkan seseorang itu putus harapan dengan Allah SWT. Nauzubillah.

“Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat.” (Asy-Syura; 42:27) 

Allah tidak akan berikan apa yang kita mahu tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan sesuai dengan kemampuan diri kita. Mudah-mudahan, kita dijauhkan daripada bersangka buruk dengan Allah SWT.

#3 Ujian akan hadir berserta solusi. Umumnya, pengalaman melalui ujian-ujian getir dalam hidup lazimnya akan berserta solusi tanpa kita sedari. Hanya waktu dan tempat yang menentukan. Allah SWT tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan bukan sesuai kudrat seseorang manusia itu. Pastinya ada solusi yang akan diberikan supaya dosa-dosa juga terhapus seiring ujian tersebut dihadapi.

#4 Tidak ada ujian yang kekal di dunia ini. Jika kita amati kehidupan lepas, pastinya kita akan mempercayai bahawa tidak ada ujian yang kekal. Semuanya pasti akan berakhir kern ia adalah fitrah semulajadi alam seperti gelapnya malam akan berganti terangnya siang. Maka, jangan pernah lari daripada masalah tetapi hadapilah dengan tenang dan redha.

#5 Percaya bahawa tidak ada ujian lebih baik daripada manusia kerana manusia tidak boleh jadi hamba kepada ujiannya. Segalanya boleh diterima dan dikawal dengan tenang kerana ujian Allah SWT itu adalah sesuai dengan kudrat hamba-hambaNya. Ujian itu juga sebenarnya mengingatkan kita supaya meminta pertolongan Allah dengan merayu sebagai hambaNya yang penuh dosa

#6 Bersyukur kerana diturunkan ujian dan kesulitan dalam hidup kerana di saat kita menikmati kesenangan dan kekayaan dalam hidup, kita alpa dengan Sang Pencipta. Kita bongkak dengan pangkat dan pengaruh yang dimilki hingga Allah SWT tarik semuanya . Maka ujian itu hadir sebagai tanda peringatan agar kita tidak lari dari landasan yang telah ditetapkanNya.

#7 Jangan pernah mengalah sebelum sampai ke penghujungnya.

#8 Teruskan usaha yang sedang dilakukan walaupun sedang dilanda ujian kerana pintu-pintu harapan sentiasa terbuka.

#9 Tidak hanya membayangkan ujian tersebut tetapi hadapinya dengan tenang. Contohnya, apa akan terjadi pika kita diuji dengan penyakit, anak-anak meninggalkan apabila kita tua, kehilangan kerja dan sebagainya.

#10 Senaraikan ujian atau masalah yang dihadapi. Selesaikan satu persatu mengikut keutamaan.

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BOLEH KE KAMI BELAJAR MORAL?

Pernah satu hari saya nak gabungkan pelajar-pelajar dari kelas PAI dan Moral sebab saya akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *