Home / Imej Cikgu / “TRY HARD” BERGAYA KE TEMPAT KERJA

“TRY HARD” BERGAYA KE TEMPAT KERJA

Sekolah adalah tempat guru-guru untuk menyampaikan ilmu dan mendidik pelajar. Oleh itu, guru akan menjadi perhatian kepada pelajar-pelajar terutama dalam aspek berpakaian, bercakap, berjalan dan sebagainya sebagaimana dalam teori psikologi komunikasi Albert Mehrabian.

Jika baik akan memberi impak yang positif. Maka, jika terlebih-lebih pula dikhuatiri guru akan kelihatan “try hard” pula bergaya menyebabkan menjadi bahan bualan rakan sekerja atau paling sadis menjadi bahan jenaka pelajar-pelajar. Sebaiknya, biarlah kita bersederhana dalam berpenampilan supaya dapat menggambarkan kita sebagai seorang guru yang profesional dalam bidangnya kerana sekolah bukan New York Fashion Week.

Antara ciri-ciri kita termasuk dalam kategori seorang yang “try hard” dalam berpenampilan adalah seperti
#1 Potongan baju kurang sesuai dengan bentuk badan menyebabkan baju tersebut seolah-olah membungkus tubuh badan bukan menutup aurat.

#2 Design baju cantik tetapi apabila digayakan oleh si pemakainya yang kurang cerdik menyebabkan baju itu pula kelihatan “teroks” pada si pemakainya.

#3 Warna padanan kasut, pakaian atau tudung biarlah bersesuaian dengan profesionalisme guru.

#4 Cara berjalan “riuh sekampung” juga boleh membawa mesej kurang enak di dengar. Bak kata anak kawan, “Noise pollution”. Boleh jatuh hukum pencemaran bunyi dah tu. Amalkan cara jalan yang teratur agar disenangi oleh orang di sekeliling kerana kita bekerja dalam satu organisasi.

Bersederhana tetapi bukan pula selekeh lebih baik daripada “try hard” untuk kelihatan bergaya di tempat kerja.

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

KATANYA CIKGU TAK IKUT SOP

Alhamdulillah. Kes Cikgu Azizan mendapat kemenangan. Mudah-mudahan masyarakat dapat membuka mata seluas-luasnya bahawa tidak mudah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *