Home / Imej Cikgu / 6 PANDUAN ASAS MEMILIH PAKAIAN KE TEMPAT KERJA

6 PANDUAN ASAS MEMILIH PAKAIAN KE TEMPAT KERJA

Pakaian adalah merupakan salah satu elemen dalam penampilan yang perlu dijaga terutama seseorang yang sering berjumpa klien seperti guru. Ini kerana manusia cenderung untuk menilai orang lain melalui apa yang dilihat kerana ianya merupakan komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi sebanyak 55% Visual seseorang berbanding Verbal 38% dan Vocal sebanyak 7%.

Jika seseorang individu tersalah pilih pakaian ke tempat kerja, dikhuatiri boleh mengundang pelbagai persepsi oleh rakan sekerja. Justeru itu, beberapa panduan selamat yang boleh membantu seseorang guru supaya tidak menimbulkan persepsi negatif orang lain terhadap diri kita terutama guru baru yang melapor diri.

Panduannya adalah seperti berikut:

#1 Fahami dan patuhi etika pakaian sebagai seorang penjawat awam.

#2 Elakkan berlebihan dalam menggayakan pakaian atau mekap kerana fokus utama yang ingin ditonjolkan adalah profesionalisme dan kredebiliti sebagai seorang guru bukan sebagai seorang model pakaian.

#3 Pilih pakaian berona polos kerana lebih selamat berbanding memilih pakaian yang berwarna-warni. Tersalah pilih kombinasi warna boleh menjadikan penampilan kita kelihatan berserabut dan kurang elegan.

#4 Pemilihan material juga perlu diambil kira supaya penampilan tidak patuh syariah dapat dielakkan atau pakaian yang seharusnya di dalam tidak kelihatan juga diluar. Mungkin boleh jadi material yang dipilih melekap ditubuh.

#5 Tidak semua fesyen muslimah sesuai digayakan ke tempat kerja. Sebagai seorang guru yang mahu kelihatan elegan dan berdedikasi dengan tugasnya, cukup memakai baju kebangsaan dengan corak yang ringkas atau polos juga selamat.

#6 Pastikan tidak ada jahitan terbuka terutama dibahagian-bahagian yang mudah dilihat oleh orang lain seperti dilengan baju. Seeloknya, sebelum menggosok baju pastikan jahitan masih elok dan kemas. Kadang-kadang pelajar tidak bercakap secara langsung tetapi bercakap-cakap dibelakang guru atau memberi signal tertentu antara satu sama lain. Agak memalukan untuk seorang guru juga sebenarnya.

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

ELAK TUA SEBELUM USIA SEBENAR

Meskipun CS kini berusia lebih daripada lingkungan 3o tahun, namun angka tersebut tidak bermakna kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *