Home / Chat Corner / TIPS ELAK PEMBENTANGAN HAMBAR DI DALAM KELAS

TIPS ELAK PEMBENTANGAN HAMBAR DI DALAM KELAS

Hari ini pembentangan anak-anak Tingkatan 2 sangat menarik. Ada perkongsian isu semasa dan video yang boleh dijadikan topik perbincangan sangat berkait rapat dengan tajuk. Syabas!

Hanya info maklumat berkaitan satu-satunya rumah yang tidak terbakar di Kampung Pasir Putatan baru-baru ini sahaja yang perlu diperbetulkan. Tidak mengapa. That’s learning process.

Apabila pelajar-pelajar membentang, guru hendaklah bersedia 200% maklumat terkini berbanding pelajar supaya pembentangan kelas tidak hambar.

Tips memberi tugasan pembentangan kepada pelajar:

1 Beri panduan kepada pelajar kandungan yang perlu ada dalam presentasi mereka.

2 Bimbing mereka. Tidak membiarkan mereka terpinga-pinga mencari maklumat sendiri dengan mengatakan “kamu cari dan fikir sendiri”. Selamat… sampai kesudah tak jumpa jawapan. Kalau jumpa, tak ikut standard yang kita mahukan pula.

3 Minta pelajar kaitkan presentasi dengan isu semasa supaya boleh meransang minda mereka untuk berfikir dan mengemas kini maklumat yang ada.

4 Guru hendaklah memastikan maklumat yang dikongsikan pelajar tersebut sahih dan tepat. Didik mereka sebagaimana dalam Surah al-Hujurat: ayat 6

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

5 Tiada slide yang panjang berjela penuh maklumat kemudian baca semula di hadapan sebagai pembentangan.

6 Proses pembelajaran ini berulang, kita tidak akan dapat hasilnya secara langsung. Adakalanya makan masa setahun. Bila pelajar kita sudah dapat sebagaimana standard yang kita mahu, kita akan tersenyum lebar. Ya, inilah yang kita mahu pelajar kita perolehi di dalam pdp kita.

“Say No! “ kepada pembentangan “asal membentang” “yang penting silibus habis” Tiada lagi pembentangan seperti pelajar membentang, kemudian sesi soal jawab, tiada soalan sambung kumpulan seterusnya. Adeh! Pelajar pun boleh fikir, baik baca sendiri kalau macam ni.

BFL

#cikgustailo

#ustazahshares

#pdp

#pak21

#mediasosial

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

TIPS MENGHAFAZ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)

TIPS MENGHAFAZ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA) Rata-rata calon temuduga bila ditanya berminat masuk ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *