Home / PdPc / APA MAKSUD TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)?

APA MAKSUD TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)?

Jika dahulu aliran tahfiz ini agak eksklusif dan terbuka hanya kepada mereka yang berada dalam pengkhususan dalam bidang agama, namun kini menghafal al-Quran lebih terbuka dan inklusif kepada semua pelajar yang berminat serta penawaran ini juga tertakluk kepada semua institusi yang mempunyai fasiliti penawaran yang mencukupi untuk menjalankan program tahfiz ini, samada di peringkat pra persekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah, penawaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang berbentuk sijil, diploma dan juga ijazah (Rashidi Abbas, 2018). 

            Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan huffaz professional, program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh kerajaan negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu (Norhazriah, 2012). Manakala di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah dilaksanakan pada tahun 2009 bermula di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu (Siti Solehah & Umi Kalthom, 2016). Hasil kejayaan di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu dan MRSM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah melaksanakan TMUA di sekolah menengah KPM mulai 2014 melalui Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2016), teknik hafazan an-Nur dan sebagainya. 

Merujuk kepada modul MRSM Ulul Albab Kota Putra (2009) bahawa Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya. 3 Komponen yang ada di dalam Ulul Albab ini ialah Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Quranik merujuk mereka menghafaz 30 juzu’ al-Quran serta memahami berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS).

Pelajar yang mempunyai ensiklopedik akan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.

Manakala ijtihadik ialah pelajar yang berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian masalah umat, memaksimumkan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi (Norhazriah, 2012).

PERBEZAAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA) IMTIAZ DAN MRSM

Sekolah IMTIAZ menggunapakai sistem aliran dwialiran bersepadu dimana kurikulum kebangsaan disepadukan dengan program hafazan (Norhazriah Mohamed@Ismail, 2012,). Manakala pihak MRSM pula mengintegrasikan kurikulum MRSM (Sains Tulen) dengan program aliran agama iaitu hafazan Al-quran (Aminudeen, 2012; Mohd Shahril Amad Razimi & Sidek Baba, 2013). Walaupun terdapat perbezaan dari aspek kandungan kurikulum, namun ketiga-tiganya mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan modal insan yang huffaz berintelek tinggi yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-quran serta mampu menguasai multibahasa dan multidisplin.

Kehidupan menjadi pelajar Tahfiz Model Ulul Albab ini tidak mudah seperti yang kita sangkakan. Sangat mencabar kerana pelajar perlu bijak merancang membahagikan masa dengan pembelajaran akademik yang sedia ada berat seperti dalam bidang Sains Tulin ditambah pula dengan program aliran agama.

Jika anda mampu, boleh masukkan dalam wish list sekolah impian.

#ustazahnakshare

Sedang menemuduga calon Ulul Albab MRSM Semporna berpusat di MRSM Kota Kinabalu

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

TIPS MEMOTIVASIKAN PELAJAR-PELAJAR

Kepadatan tanggungjawab seharian di tempat kerja boleh menyumbang kepada stress yang panjang. Hanya kebijaksanaan dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *