Home / PdPc / TIPS MENGHAFAZ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)

TIPS MENGHAFAZ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)

TIPS MENGHAFAZ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (MUA)

Rata-rata calon temuduga bila ditanya berminat masuk ke MRSM Ulul Albab? akan jawab “berminat” walaupun ada juga yang gaya hafazannya kurang memberansangkan.

Ada juga yang menjawab sangat mengikut skrip, mungkin sudah dilatih oleh orang tua agaknya.

Apapun panel akan menilai calon itu berminat dengan boleh dibentuk atau tidak boleh dibentuk untuk sertai program Tahfiz Model Ulul Albab (MUA) ini.

Tahfiz Model Ulul Albab (MUA) akan menjadi sangat mencabar kepada pelajar-pelajar jika tiada persediaan mental dan fizikal.

Pelajar-pelajar bukan sahaja lebih daripada segi bilangan dan kritikal subjek tetapi masa belajar yang berbeza dengan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP Sains) biasa kerana tambahan Kelas Hafazan.

Tetapi ianya akan mudah jika pelajar-pelajar mempunyai kriteria seperti adik Saiful Hadi Baharin daripada SMKA Kuala Lumpur.

Beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk sebelum tempoh yang dicadangkan dalam model MUA iaitu 3 tahun semasa berada di Tingkatan 2 lagi (Berita Harian, 2017).

Jom ikuti tips-tips adik Saiful Hadi ni:

#1 Rupa-rupanya dia dah menghafaz pada usia 10 than lagi sebelum masuk SMKAL.

#2 Dah hafaz 16 juzuk Sebelum ke Tahfiz Model Ulul Albab.

#3 Sentiasa memanfaatkan masa dengan menghafaz al-Quran.

#4 Menghafaz bekan sahana pada maktu yang ditetapkan oleh pihak Sekolah.

#5 Menghafaz sleeps solat subuh, selepas sarapan pagi dan selepas solat maghrib.

#6 Menghafaz secara bersendirian sebelum tidur dan selepas solat asar.

#7 Fokus belajar dalam kelas.

#8 Fokus menghafaz ketika dalam Kelas Hafazan.

#9 Tidak mencampur adukkan sesuatu perkara walaupun mewakili pasukan futsal peringkat negeri

Tahniah!

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

TIPS MEMOTIVASIKAN PELAJAR-PELAJAR

Kepadatan tanggungjawab seharian di tempat kerja boleh menyumbang kepada stress yang panjang. Hanya kebijaksanaan dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *