Home / PdPc / TIPS MEMOTIVASIKAN PELAJAR-PELAJAR

TIPS MEMOTIVASIKAN PELAJAR-PELAJAR

Kepadatan tanggungjawab seharian di tempat kerja boleh menyumbang kepada stress yang panjang. Hanya kebijaksanaan dan kemahiran mengawal diri daripada mengalami stress yang berterusan dapat mengurangkan stress tersebut daripada berterusan.

Namun demikian, tanggungjawab utama dalam mendidik anak bangsa tidak boleh diketepikan. Walaupun kadang-kadang tidak sempurna dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, usaha mesti diteruskan.

Antara TIPS supaya kita dapat membantu anak didik kita dalam akademik dan sahsiah
ialah:

#1 Letakkan diri pelajar-pelajar kita persis anak kita sendiri

Apa yang kita mahu pada anak kita sendiri, begitu juga pada anak didik kita.

Mereka mungkin tidak faham atau sukar memahami tetapi percayalah batasan waktu akan menentukan usaha yang dilakukan untuk anak didik pasti akan berhasil juga.

#2 Jadikan mereka rakan berbual santai

Usia anak-anak remaja fasa sekolah menengah memang teransang emosinya apabila kita gemar berbual kosong dengan mereka.

Jika mereka sudah mempunyai perasaan selesa dengan guru mereka, pasti cerita-

cerita dalam kalangan mereka atau persepsi mereka terhadap guru-guru mudah kita fahami.

Lama kelamaan, pelajar-pelajar juga akan memahami perasaan kita terhadap mereka.

Percayalah, mereka juga boleh memahami apa yang sedang berlaku dalam organisasi kita.

Namun demikian, kita juga perlu jelaskan kepada mereka adab-adab pelajar/murid terhadap guru tidak pernah terpisah. Mereka perlu membezakan berbual ketika santai dan waktu kita mengajar mereka di dalam kelas.

#3 Sesekali belanja mereka makan

Fitrah manusia mudah tersentuh hatinya apabila kita dapat memenangi perutnya. Terutama pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Membelanja sedikit wang gaji kita untuk mereka bukan sahaja dapat membersihkan rezeki tetapi menawan hati mereka. Apa sahaja permintaan kita pasti akan mereka cuba penuhi atau usahakan. Apatahlagi arahan.

Dari 2016 hingga 2018, saya menggalas tugas sebagai Ibu Homeroom mereka bermaksud daripada Tingkatan 1 kini Tingkatan 3.

Daripada rangking akademik di atas Top 5 kepada Top 2 hingga tahun lepas kepada Top 1.

Daripada keanak-anakkan hingga ada kematangan sedikit.

Daripada pendiam bila ada perjumpaan homeroom. Kita tanya satu, jawab satu. Kini sudah boleh meluah apa isi hati mereka di Maktab.

Jangan pernah berhenti menyayangi mereka.Jangan sering mengeluh kerana kita khuatiri keluhan itu lama-lama menjadi doa.

Ucapan-ucapan mereka juga boleh memotivasikan kita setiap hari
Walaupun kad ucapan ringkas tetapi menyentuh hati
Doa seorang guru akan membantu anak didik kita secara tidak langsung

#spahati
#lovewhatyoudo
#Dowhatyoulove

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BERI PELUANG ANAK-ANAK MEMBUAT PILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Anak-anak yang masuk sekolah berasrama penuh. Ramainya anak-anak yang gembira atau ibu bapa yang terlebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *