Home / PdPc / 5 CARA MUDAH MENGINGAT NAMA PELAJAR

5 CARA MUDAH MENGINGAT NAMA PELAJAR

Pengalaman baru untuk tahun 2017, CS terima pelajar seramai 41 orang. Sepanjang CS mengajar, setakat paling ramai 31 atau 32 orang sahaja. Memang mencabar kerana pelajar-pelajar Tingkatan 1. Perangai keanak-anakan itu masih tinggi. Cakap sekali, jarang-jarang dengar. Berkali-kali mungkin baru akan dengar.

Namun seronok sebenarnya. Dah lama tak mengajar Lower Form terutama Tingkatan 1. CS lebih kreatif dalam PdP dan sentiasa memerah otak untuk mencari aktiviti dalam kelas. Tambahan pula, mereka adalah batch yang sudah biasa dengan PdP PAK 21 dan batch pertama untuk KSSM. Tidak menjadi kehairanan bagi mereka sebenarnya.

Apabila bilangan pelajar lebih ramai daripada biasa, potensi mengingat kesemua nama pelajar agak sukar jika pertemuan hanya 3 kali seminggu.

Guru yang berpengaruh adalah guru yang dapat mengingati nama pelajar-pelajarnya. Pastinya, tidak seorang pun pelajar yang tidak gembira jika namanya disebut-sebut oleh guru mereka. Guru juga adalah seperti pemimpin. Apabila menjadi seorang pemimpin, haruslah kita menjadi pemimpin yang disenangi oleh ramai.

Ciri pemimpin yang disenangi ialah boleh mengingati nama orang dan menyebutnya. Antara tokoh pemimpin sedemikian adalah Hasan Al-Banna (Gerakan Pembaharuan Mesir) dan Franklin D. Roosevelt (Presiden Amerika 1932).

Hassan Al-banna akan bersalam, senyum dan lafaz salam serta menyebut nama ratusan ahlinya kemana sahaja beliau pergi. Ini membuktikan keprihatinannya dengan mengingati nama pengikut-pengikutnya.

Manakala Roosevelt, dikisahkan oleh Jim Farley, pengurus kempennya dalam pertandingan pilihan raya Presiden Amerika 1932, beliau mampu menghafal lebih 50,000 nama bagi membantu Roosevelt sepanjang kempennya. Begitu juga sebagai seorang guru, kita juga akan menjadi guru yang disenangi oleh pelajarnya jika boleh mengingati nama-nama mereka.

Cuba cari CS dimana?

5 Cara mudah untuk mengingati nama pelajar yang boleh dipraktikkan dalam kelas adalah seperti berikut:

#1 Kaitkan nama mereka dengan tempat tinggal atau asal mereka.

#2 Gunakan nama mereka dalam penceritaan untuk memberikan contoh. Ketika ini, guru boleh timbulkan humor dalam kelas juga secara tidak langsung.

#3 Kerap berbual-bual santai dengan pelajar.

#4 Mengingati fizikal atau karakter mereka yang unik. Contoh, pelajar yang suka bertanya dalam kelas.

#5 Kenalpasti pencapaian pelajar yang berada di kedudukan Top 5 atas dan bawah untuk pencapaian akademik.

CS suka gunakan teknik yang ke4 sebab guru boleh kenal pelajar secara langsung tanpa ada jurang formal sebagaimana dalam kelas.

Selamat mencuba!

 

 

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BERI PELUANG ANAK-ANAK MEMBUAT PILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Anak-anak yang masuk sekolah berasrama penuh. Ramainya anak-anak yang gembira atau ibu bapa yang terlebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *