Home / PdPc / TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB

Minggu lepas CS kongsikan persediaan sebelum menghadiri temuduga MRSM Ulul Albab. Minggu ni tips supaya diterima menjadi pelajar MRSM Ulul Albab.

Menurut salah seorang rakan guru MRSM dan juga merupakan al-Hafiz iaitu Ustaz Azli, dua perkara yang perlu calon-calon penuhi selain akademik yang mantap ialah

#1 Dapat menghafaz banyak ayat al-Quran dengan masa yang telah diperuntukkan.

Bagi CS, perkara ini adalah syarat utama seseorang calon untuk menguji tahap kekuatan ingatan mereka dalam menghafaz al-Quran. Nama pun MRSM Ulul Albab, pastinya program hafazan adalah satu keutamaan selain daripada akademik. Pengalaman CS, seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat dalam menghafaz, InshaaAllah dapat mengurangkan kelemahan dalam pembelajaran atau akademik. Maka, wajarlah calon yang dapat menghafaz ayat yang banyak dalam masa yang diperuntukkan menjadi pilihan panel penilai.

Simulasi suasana menunggu masuk ke bilik temuduga

#2 Menunjukkan minat yang mendalam dalam menghafaz.

Apapun perkara yang kita lakukan di dalam dunia untuk mendapat hasil yang cemerlang dan menguntungkan, lain tidak lain ialah minat kita dalam sesuatu perkara. Minat adalah salah satu medium atau alat yang akan membantu seseorang untuk terus bermotivasi dalam apa juga perkara yang dilakukan. Apabila merasa ‘down’, minat juga yang akan mendorong seseorang itu untuk meneruskan cita-cita yang diimpikan. Minat juga bukan sekadar minat dibibir sahaja tetapi sudah mengkaji banyak berkaitan hafazan dan al-Quran. Oleh yang demikian, apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh panel mudah sahaja kita fahami dan di jawab dengan baik.

Mock interview di MRSM Kuala Kangsar

Didoakan semua calon yang berminat dengan MRSM Ulul Albab berjaya melalui temuduga tersebut. Jika tidak berjaya, pasti ada yang lebih baik untuk kalian.

All the best!

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BERI PELUANG ANAK-ANAK MEMBUAT PILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Anak-anak yang masuk sekolah berasrama penuh. Ramainya anak-anak yang gembira atau ibu bapa yang terlebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *