Home / PdPc / PERSEDIAAN KE TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB

PERSEDIAAN KE TEMUDUGA MRSM ULUL ALBAB

Alhamdulillah. Keputusan UPSR sudah diumumkan. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya menempuhi dengan jayanya dan mendapat keputusan cemerlang. Jika keputusan tidak memberansangkan,anak-anak jangan risau. UPSR bukan pengakhiran untuk segalanya dalam hidup ini.

Sebenarnya saban tahun CS selalu mendapat pertanyaan berkaitan persediaan anak-anak apabila mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga MRSM. Kadang-kadang keluarga dan sahabat handai. Semalam mendapat pertanyaan pula daripada seorang rakan bertanyakan persiapan yang perlu disediakankan sebelum menghadiri ke temuduga MRSM Ulul Albab. Maka, eloklah CS kongsikan di sini. Berikut CS kongsikan ujian-ujian akan ditempuhi semasa temuduga anak-anak supaya mereka boleh bersedia mental dan fizikal.

Tahniah! kepada pelajar-pelajar yang berjaya melalui tapisan pertama kerana dipanggil untuk menghadiri temuduga dan Ujian Kemasukkan Kecenderungan MRSM (UKKM) ke Tingkatan 1. Makluman awal untuk ibu bapa, MRSM mempunyai 5 jenis program aliran iaitu

#1 SPMRSM Premier (Sistem Pendidikan Maktab Rendah MARA)

#2 MRSM Ulul Albab

#3 MRSM IGSE (Cambridge-IGSE)

#4 MRSM IB-International Baccalaureate (Middle Years Programme-MYP)

#5 MRSM Teknikal

Manakala program (aliran) yang ditawarkan di MRSM untuk Tingkatan 4 hanya ada 3 sahaja iaitu

#1 SPMRSM (Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA Premier)

#2 MRSM Teknikal

#3 MRSM Teknikal

Post kali ini, CS fokuskan tatacara temuduga yang akan dilalui semasa menghadiri temuduga.

Mula-mula, pelajar-pelajar akan menjawab ujian berkomputer (dulu bertulis) untuk pengetahuan Matematik dan Sains. Jika Ulul Albab ada soalan menjawikan yang mengandungi 15 soalan dan menjawikan dalam 20 soalan.

Antara topik soalan temuduga adalah seperti

#1 Pelajar diminta memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris

#2 Berkaitan peribadi (keluarga, kelebihan diri, impian dan cita-cita, kehidupan dan persekitaran asrama

#3 Kemahiran lain (berpantun, menyanyi dsb)

#4 Berkaitan al-quran (adab-adab dsb)

#5 Tasmik surah yang sudah dinyatakan dalam surat panggilan temuduga (cth:Surah Mulk)

#6 Tasmik keratan ayat hafazan (lebih kurang 8 ayat) yang diberikan ditempat temuduga dan menghafaznya dalam tempoh 25 minit hingga 30 minit.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. CS kini bertugas di MRSM Kota Kinabalu, Sabah. MRSM ketiga penghijrahan selepas MRSM Bentong, Pahang dan MRSM Felda, Perak.

Ketahui tips penilaian panel di sini.

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BERI PELUANG ANAK-ANAK MEMBUAT PILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Anak-anak yang masuk sekolah berasrama penuh. Ramainya anak-anak yang gembira atau ibu bapa yang terlebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *