Home / Chat Corner / TIDAK TAHU MEMBEZAKAN KATA NAMA KHAS & KATA NAMA AM

TIDAK TAHU MEMBEZAKAN KATA NAMA KHAS & KATA NAMA AM

Pada 1-2 November 2017, guru-guru Pendidikan Islam daerah Papar telah berkampung di SMK Pengalat, Papar dalam program Bengkel Penskoran PT3, 2017. Bengkel ini bertujuan menyelaraskan penandaan jawapan-jawapan calon PT3 supaya tidak ada perbezaan markah yang jauh diantara guru yang memeriksa dan sekolah.
Bengkel yang menyeronokan kerana guru dapat bertukar pendapat dan saling berkongsi isu-isu jawapan pelajar. Pelbagai ragam. Lain latar belakang sekolah, lain ragamnya. Pengalaman yang menarik. Malahan, ada sahaja kemusykilan dalam penandaan, langsung boleh diselesaikan dengan kadar segera.
Namun, sebagai guru sekolah berasrama penuh ada satu perasaan kecewa dengan pelajar-pelajar zaman ini. Dari segi konten jawapan, mereka tidak ada masalah, perfect kata Mat Salleh tetapi dari segi tatabahasa. Sungguh mengecewakan. Paling mengecewakan ialah tidak tahu ejaan “Allah” di eja dengan huruf besar atau kecil dan kurang mahir menyusun ayat. Kadang-kadang mesej yang ingin disampaikan tidak jelas.
Sebagai guru, saya lihat dua isu wujud di sini.
#1 Kepincangan tatabahasa melayu pelajar-pelajar sekarang.
#2 Tidak merasa kebesaran dan kewujudan Allah sebagai penciptanya yang Maha Agung.
Saya tanya anak yang berumur 7 tahun pun tahu Allah dieja dengan huruf A (huruf besar) kerana kata nama khas. “Itu kan tuhan kita.” Kata anak kecil yang tidak berapa mahir untuk menjelaskan tetapi tahu kenapa ejaan itu sedemikian.
Mana mungkin pelajar berumur 15 tahun tidak tahu perkara ini. Bagi saya isu ini sangat parah.
Itu satu hal. Isi borang temuduga pun begitu. Kata Tuan Suami, ada calon isi borang tulisan ejaan semua huruf kecil tiba-tiba huruf dihujung huruf besar. Apakah maksudnya? Seni kah? Salah tempat kot nak tunjuk bakat seni.
Mungkin salah satu faktor keterbiasaan anak-anak muda sekarang mengeja di mana-mana aplikasi media sosial dan komunikasi sedemikian hingga terbawa-bawa ke dewan peperiksaan dan temuduga.
Tolong! Bezakan sosial dan rasmi. Tidak sama. Pakaian pun sama ya. Ada rasmi dan santai.
Senyum tanda gembira atau tahan hati membaca jawapan pelajar? Guru SMKA Tun Datu Mustafa
Guru SMKA Limau-limauan
Dulu kami satu sekolah jadi pelajar sekarang jadi guru bersama. Mereka guru SMK Benoni

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BOLEH KE KAMI BELAJAR MORAL?

Pernah satu hari saya nak gabungkan pelajar-pelajar dari kelas PAI dan Moral sebab saya akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *