Home / Chat Corner / BOLEH KE KAMI BELAJAR MORAL?

BOLEH KE KAMI BELAJAR MORAL?

Pernah satu hari saya nak gabungkan pelajar-pelajar dari kelas PAI dan Moral sebab saya akan keluar berkursus.

Tiba-tiba salah seorang pelajar PAI bertanya, “Boleh ke kami masuk kelas moral?”

Terkedu saya sebentar nak menjawab soalan pelajar tadi. Nak kata soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) tak juga.

“Eh…kenapa pula tak boleh?.” Tanya saya kembali.Sengaja mahu menduga, mana tahu ada fahaman baru lagi.

Pelajar tadi tu pun senyum saja tanpa jawapan. Baru lah saya faham, kebetulan cikgu yang mengajar Moral itu bukan beragama Islam jadi fahamannya agak sempit di situ. Dia ingat subjek Moral tu berkaitan pegangan agama mereka kot.

Taklah…subjek Moral tu membincangkan semua nilai dan etika yang diterima oleh semua agama.
Senang cerita berkaitan adab-adab kita setiap hari. Agama Islam pun ada juga kan mengajar kita perkara tu.

Fahaman sempit

Itu realiti mental pelajar-pelajar kita. Belum lagi orang dewasa yang mempunyai fahaman sempit.

Saya pernah jumpa salah seorang AJK Masjid. Tak pasti dia Tok Siak ke… atau bilal atau penjaga masjid.

Kami balik daripada program CSR (My edu community) program khidmat masyarakat di Tenom. Singgah salah sebuah masjid di salah satu daerah sebelum sampai ke sekolah. Seorang kawan saya mahu menumpang tandas katanya. Dia pun pergi.

Tiba-tiba dia naik atas bas semula tidak sampai pun purata minit orang ke tandas. Saya menjadi kaget sebentar. Sekejap sangat.

Saya pun bertanya, “kenapa sekejap sangat?”. Jawapnya, “orang masjid tak bagi.” Tergamam saya sebentar.

Kenapa pula dia tak bagi sedangkan tandas tu diluar masjid. Pelik tapi mungkin ada benarnya, dia tidak mahu mengundang fitnah. Anggap saja begitu supaya perasaan tidak timbul perasaan negative.

Dikongsikan di FB Puan Fadilah Lee

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

JODOH DI BULAN RAMADHAN

Seorang pelajar bertanya, benarkah jika terjumpa jejaka dibulan puasa adakah itu jodoh kita? “Kenapa?”, tanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *