Home / Chat Corner / JODOH DI BULAN RAMADHAN

JODOH DI BULAN RAMADHAN

Seorang pelajar bertanya, benarkah jika terjumpa jejaka dibulan puasa adakah itu jodoh kita?

“Kenapa?”, tanya saya untuk kepastian. “Sebab bulan puasa kan tiada syaitan.” Katanya sambil tersenyum simpul malu.

“Syaitan tidak ada tetapi hawa nafsu kita masih ada. Betul kan?.” Jawab saya ringkas.

Sengih malu pelajar itu mendengar jawapan ini.

Kawan-kawan lain yang curi-curi dengar pun tergelak tidak menahan ketawa padahal sama je kot pemahaman tu.

Sebab kawan yang ada keberanian itu berani bertanya dia pula jadi mangsa gurauan rakan-rakannya.

“Siapa bagitahu kamu ni?”, tanya saya lagi.

“Saya baca di twitter.” Katanya.

Hmm… kalau benda-benda merepek macam ni cepat je viral kan. Syabas anak murid yang berani bertanya untuk kepastian.

Penafian: Pelajar yang bertanya itu tiada dalam gambar.

Ehemm…terasa macam rakan sebaya je dengan budak-budak ni.

Selamat Hari Raya semua!
Maaf Zahir & Batin
Selamat bercuti.
Manfaatkan masa bersama keluarga.

#spahati

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

BOLEH KE KAMI BELAJAR MORAL?

Pernah satu hari saya nak gabungkan pelajar-pelajar dari kelas PAI dan Moral sebab saya akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *