Home / Imej Cikgu / IMEJ SEORANG GURU

IMEJ SEORANG GURU

Guru ibarat seorang selebriti atau model untuk pelajar-pelajarnya. Kalau tak percaya, cuba sesekali anda pakai pakaian yang lain sikit daripada hari biasa. Confirm pelajar-pelajar akan puji. Siap Tanya beli kat mana terutama pelajar-pelajar perempuan. Kalau boleh, dia nak suruh kita buat tutorial shawl kat dalam kelas.

Pelajar lelaki pula selalunya akan rajin menyapa dan bergurau senda. Ehem..ada maksud lah tu. Manakala cikgu lelaki pula, tak payah cakap. Cair budak-budak ni tengok cikgu segak. Biar pun suami orang. Apa mereka peduli. Cuci mata katanya. Amboi…

Walaubagaimanapun, mahu bergaya perlu berpada. Selagi kita penjawat awam ada etika pakaian yang perlu kita patuhi. Kita hendaklah tidak melampau atau berlebihan-lebihan dalam berfesyen semasa waktu dalam bekerja. Jika berkeperluan untuk tujuan pembelajaran seperti memakai “costume” untuk supaya menarik pelajar untuk belajar terutama murid-murid kelas berpotensi mungkin boleh diterima dengan alasan sebagai alat bantu mengajar (ABM).

Justeru itu, mari kita sama-sama fahamkan maksud imej yang sebenar terlebih dahulu sebelum perkongsian tips-tips imej pada masa akan datang.

Maksud Imej menurut kaca mata seorang Perunding Imej Profesional dan bertauliah

Imej sebenarnya tidak merujuk pada pakaian kita semata-mata. Ianya adalah salah satu bentuk komunikasi yang merangkumi 4 elemen seperti berikut. Mudah nak ingat dengan akronim ABCD.

A=Appearance (Penampilan)

B=Behavior (Perlakuan atau tingkahlaku)

C=Communication (Komunikasi secara verbal dan tanpa lisan)

D=Digital imprint (Penulisan atau gambar-gambar online seperti FB,Blog,Twitter dsb)

Terdapat juga perunding-perunding imej yang meringkaskan dengan 3P iaitu Penampilan, Perlakuan dan Pertuturan.

Kepentingan imej

Seorang cikgu wajib menjaga imejnya sebagai seorang guru kerana kita adalah contoh kepada anak-anak murid atau pelajar. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab: 21

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.”

Sebagaimana yang kita sedar dan tahu Rasulullah SAW adalah guru kepada umat akhir zaman, sempurna akhlaknya tetapi sentiasa menjaga setiap inci imejnya. Apatahlagi kita manusia biasa yang penuh lakaran dosa. Maka, begitulah perumpamaan kita sebagai guru kepada seorang pelajar. Seharusnya kita menjadi contoh kepada pelajar sama ada daripada aspek penampilan, pertuturan dan perlakuan supaya penghormatan itu datang sendiri tanpa dipinta mahupun dipaksa.

 

 

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

CARA MUDAH MASUKKAN TEKS AL-QURAN KE KEYNOTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *