Home / Imej Cikgu / Assalamualaikum DUNIA!

Assalamualaikum DUNIA!

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Akhirnya lahir juga blog kedua setelah blog www.fadilahlee.com tidak dapat diteruskan kerana komunikasi dengan blog developer sebelum ini terputus secara tiba-tiba. Developer hilang tiba-tiba tanpa meninggalkan apa-apa pesan. Cikgu Stailo (CS) harap satu hari nanti dia akan sedar atas perlakuannya itu sudah menganiaya pelanggan.

Jujur, CS akui kerana masih ada sifat bertimbang rasa maka tidak diviralkan. Mudah-mudahan dia diberi petunjuk satu hari nanti.

Kesal? Siapa yang tak kesal. Nak meraung pun ada. Tiga tahun bersama www.fadilahlee.com. Follower pun semakin bertambah hilang begitu sahaja. Mungkin juga ada hikmahnya. CS ada “new branding” walaupun terpaksa bermula daripada bawah semula.

Sama-sama kita beringat, hidup di dunia fana ini tidak ada yang percuma. Pasti ada bayarannya setiap apa yang kita telah lakukan. Walaupun nampaknya seperti percuma kita menghirup udara segar setiap hari. Masih boleh bernafas tetapi ada bayarannya juga. Apa? Bayarannya kita perlu sentiasa bersyukur kerana Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim:7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya  jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku maka sesungguhnya adzab-Ku amatlah pedih’.” 

Orang yang bersyukur, maka akan diberikan nikmat yang lebih banyak dan berkat, sementara orang yang tidak pernah bersyukur maka ia akan diberi banyak cobaan.

Begitu juga sebagai hambaNya penting sekali sentiasa melakukan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Maka, ringkasnya “What you give, you will get back. Sebagaimana Allah SWT telah menjelaskan dalam al-Quran bahawa kita harus terlebih dahulu untuk berbuat kebaikan kepada orang lain, tetapi jika orang lain yang terlebih dahulu berbuat baik kepada kita, kita harus berbuat kebaikan yang serupa.

“Bukankah ganjaran kebaikan itu tidak lain melainkan kebaikan ?” (Q.S. 55:61)

Cikgu, jom buat baik!

Wallahua’lam.

About admin

Seorang guru yang juga merupakan - Perunding Imej Profesional Bertauliah - Certified NLP Practitioner - Certified Trainer HRDF (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia) - Moslema Fashion Stylish

Check Also

TIPS ELAK PEMBENTANGAN HAMBAR DI DALAM KELAS

Hari ini pembentangan anak-anak Tingkatan 2 sangat menarik. Ada perkongsian isu semasa dan video yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *